Monday 29 July 2013

Pengenalan Sarawak




Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasukWilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultananBrunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching(pop.700 000), Miri(pop.358,000), Sibu(pop.257,000), Bintulu(pop.200,000), Sarikei(pop.56 798), Sri Aman(pop.64 905) dan Limbang(pop.40 959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.



Pesta Kuching




Pesta Kuching diadakan setiap tahun untuk mengekalkan sebahagian daripada pelan bandar untuk meningkatkan pelancongan tempatan dan industri makanan. Pelawat ke festival itu boleh menikmati pelbagai acara yang diadakan sepanjang bulan Ogos, termasuk persembahan dramatik, konsert muzik, galeri, pameran, pertandingan menulis esei dan banyak lagi. Salah satu daya tarikan utama dalam pesta ini adalah pesta makanan, satu acara lazat perayaan yang berkaliber ini tidak boleh melakukannya tanpa.

Pesta Benak




Benak merupakan fenomena ombak sungai (tidal bore) di mana air pasang dari laut `pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai.




Benak hanya berlaku di Batang Lupar Sri Aman sahaja. Batang Lupar Sri Aman sahaja. Walaupun, benak di Betong juga ada tetapi tidak sebesar di Sri Aman. Masa berlakunya Benak tidak diketahui secara kaedah saintifik tetapi orang tempatan dapat menjangka berlakunya benak melalui pengalaman dari turun menurun


p/s: Batang Lupar Sri Aman (tempat berlakunya Benak) merupakan tempat asal usul Bujang Senang ~



























Kek Lapis Sarawak






RESIPI:

Bahan A :

250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B:
6 biji telur SEJUK gred A [jika gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k esen Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

Cara Membuat
1. Pukul susu pekat dan butter sehingga gebu.
2. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan..
3. Masukkan bahan A, ovallate dan esen vanilla. Kacau rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau rata lagi.
5. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
6. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
7. Bakar sehingga masak [8-10 minit]
8. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
9. Ulangkan step 5 sehingga adunan habis.

Midin Goreng Belacan



RESIPI :

Bahan - bahannya :

2 cekak sayur Midin 
6 biji cili merah 
4 biji cili padi 
2 ulas bawang putih 
6 ulas bawang merah 
2 cm belacan 
2 camca besar sos ikan 

Cara-caranya : 

Panaskan kuali dan tumiskan bahan-
¼ cawan Minyak masak 
8 ekor udang kasar (dibuang kakinya
1. bahan yang dikisar sampai wangi.
2. Masukkan udang, sos tiram dan sos ikan. 
Masukkan sedikit air. 
Kemudian masukkan sayur Midin. 
3. Apabila sos mulai pekat, dan sayuran telah empuk, bolehlah dihidangkan segera

Laksa Sarawak



RESIPI :

Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : 
anggaran 200 gm 
8 biji bawang merah* 
4 ulas bawang putih* 
10-12 tangkai cili kering* 
1 inci lengkuas* 
1 sk ketumbar 
1 sk jintan manis 
1 sk jintan putih 
3 biji buah keras* 
2-3 batang serai* 
1 inci belacan bakar* 
1/4 cawan kacang tanah (digoreng) 
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak) 
sedikit garam 
sedikit minyak utk menumis 

Cara-cara :

1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.

2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 
anggaran 6 orang makan 
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan) 
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus) 
1/2 kilo udang basah 
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur) 
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus) 
2 batang serai (diketuk) 
200-250 ml santan pekat 
garam dan gula secukup rasa 
taugeh (dicelur) 
sedikit daun ketumbar (diracik) 
limau kasturi secukupnya (dibelah dua) 

Cara-cara :

1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).

2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 

3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 

Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan : 
6 biji bawang merah (dikisar) 
2 ulas bawang putih (dikisar) 
sedikit belacan bakar (dikisar) 
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus) 
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
sedikit air asam jawa 
garam dan gula 

Cara-cara :

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Nasi Goreng Dabai






RESIPI:

Bahan-bahan: 

Bahan A
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Garam secukup rasa

Bahan B

8 biji dabai jeruk (dijeruk dengan sedikit garam) yang telah dilenyek dengan sudu dan dibuang bijinya

Bahan C

2 mangkuk nasi yang telah dimasak
Minyak untuk menumis

Caranya :
Tumbukkan bahan A hingga lumat. Tumiskan Bahan A dan B sehingga mengeluarkan bau yang harum. Kemudian masukkan Bahan B dan masak selama 3 minit. Kemudian masukkan nasi dan gaul sehingga rata sehingga masak. Hidangkan dengan kepak ayam goreng, keropok dan sambal belacan.