Monday 29 July 2013

Pengenalan Sarawak




Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasukWilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultananBrunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching(pop.700 000), Miri(pop.358,000), Sibu(pop.257,000), Bintulu(pop.200,000), Sarikei(pop.56 798), Sri Aman(pop.64 905) dan Limbang(pop.40 959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.



2 comments:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Min.. minta tlg lok, ktk senaraikan.
    1. Negeri Sarawak mempunyai berapa:-
    a. Zon.
    b. Bahagian.
    c. Daerah.
    2. Mun ngundi ya mcm ne kira DUN ya, ada berapa kawasan DUN & daerah dlm nya.

    Kmk agik konfius tok sbb byk Sik update dlm portal rasmi.. boleh kah..?

    ReplyDelete